Aku manusia biasa. Cara hidupku juga biasa. Hartaku tidaklah segunung
Kinabalu. Iman dan takwaku tidak sehebat seorang muslimah sejati.
Kerana aku insane biasa. Datang dan lahir dari keluarga yang biasa.
Namun, jauh di sudut hati ini, aku inginkan luar biasa. Aku sentiasa
menanam utuh dalam kalbuku ini agar suatu saat nanti, hatiku akan lembut
untuk terus istiqamah di jalan-Nya.
Ini kisahku. Kisah seorang aku bertemu Dia. Dulunya, aku seorang yang
biasa. Tidak memakai tudung labuh, tidak memakai stoking dan selalu
mesej dengan lelaki bukan mahram kerana mereka kawan-kawan aku. Aku suka
bermesej kosong dengan mereka. Entahlah. Rasa serono kot bila selalu
mesej dengan lelaki.
Semasa aku tingkatan 3, aku pernah bercouple dengan seseorang ni.
Masa tu, geng-geng aku semua dah ada pakwe. Dan, aku barulah nak belajar
bercouple. Aku dengan pakwe aku ni, selalulah juga mesej. Tapi, call
tu, jarang-jarang. Biasalah, jiwa remaja, sibuk nak bercinta. Tapi, masa
tu, aku tetap jaga batas. Tak pernah dating dan keluar berdua dengan
dia. Cuma mesej dan kadang-kadang call saja.
Sebelum PMR, hati aku ni bertemu dengan hidayah-Nya. Aku terjumpa
satu risalah dakwah tentang cinta. Aku baca dengan hati yang sarat
inginkan jawapan kepada persoalan-persoalan aku selama ini. Apakah
bercouple itu satu kesalahan? Salahkah aku dan dia bercinta? Aku jumpa
setiap jawapan kepada persoalan-persoalan aku ni dalam risalah tersebut.
Bukan itu saja, malah, aku turut mencari ilmu di alam maya ini. Aku
baca blog-blog para daie yang aku kenal cukup hebat ilmu agamanya dan
cukup mantap hujahnya. Aku mula sedar. Aku banyak melakukan dosa!
Aku mencari kekuatan untuk meninggalkan pakwe aku. Dan, aku berjaya!
Aku minta untuk putus dengannya! Melalui surat. Aku rasa sangat bahagia
setelah aku clash dengan dia! Dan, aku berazam dengan diriku sendiri
untuk tidak bercouple lagi dengan mana-mana lelaki. Aku hanya inginkan
cinta yang suci dan halal untuk suamiku nanti!
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.” (al-Isra: 32)
Semasa di tingkatan 4, hidayah-Nya semakin mendapat tempat di hatiku.
Aku sebenarnya amat tertarik dengan penampilan para muslimah yang
bertudung labuh. Ya! Memang aku teringin sangat nak istiqamah pakai
tudung labuh! Bukan hanya pakai di sekolah sahaja!
Seorang ustaz baru di sekolah aku sedikit sebanyak melembutkan hatiku
untuk berubah ke arah kebaikan. Beliau cuba menghidupkan suasana
Islamik di sekolah aku tu. Aku suka! Ceramah dan tazkirah kerapkali
berjalan di sekolah itu. Risalah-risalah dakwah juga sering dipamerkan
dan dijadikan bahan rujukan untuk para pelajar. Aku juga mula rajin
membaca buku-buku agama.
Aku bergaul dengan geng-geng yang aku baru kenali. Aku bercampur
dengan sahabat-sahabat yang sama-sama berusaha denganku mencari
cahaya-Nya. Sedikit demi sedikit, aku mula berubah. Aku membeli tudung
60 inci. Aku juga sudah selesa memakai stokin. Tidak ramai ahli
saudara-maraku yang bertudung labuh. Hanya ada beberapa sahaja. Iaitu
ahli keluarga sebelah bapa. Ahli keluarga sebelah ibu pula, langsung
tiada. Hanya ibu sahaja. Kakakku juga tidak bertudung labuh. Hanya
tudung biasa. Aku sematkan di dalam hati. Aku akan berusaha untuk
istiqamah bertudung labih bulat pula selepas ini. Aku rasa selesa!
Serius!
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan
kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk
perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu
adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka
selalu ingat.” (Surah Al-A’raf : 26)
Umurku genap 18 tahun. Semakin aku mendalami ilmu agama, mencari
realiti hidup ini, aku sebenarnya sudah jatuh hati pada seseorang.
Mungkin, suka. Belum lagi cinta. Aku abaikan sahaja perasaan itu. Lelaki
itu bagiku memang amat istimewa. Sebab aku dan dia berkawan. Dia selalu
bertanya soalan yang berkaitan dengan agama padaku. Kadang-kadang, aku
juga begitu. Aku sering dan sentiasa cuba untuk tidak terlalu rapat
dengannya. Sebenarnya, dia sudah ada insan istimewa di hatinya. Aku cuba
untuk menyedarkannya. Aku suka dengar dia bertazkirah di surau dan
mengimamkan solat di sekolah dulu. Ya! Aku suka! Sampai kadang-kadang,
aku termimpikan dia. Aku malas nak layan perasaan tu. Lagipun. Aku masih
belum bersedia! Masih jahil agama!
Aku biarkan saja. Kini, sudah 19 tahun umurku. Perasaan itu seakan
masih ada. Hari tu, aku dan kawan-kawanku reunion. Ternyata, lelaki itu
masih dengan buah hatinya. Dia benar-benar serius mungkin. Ingin
bernikah. Ya Allah! Aku tahu, rasa ini perit. Namun, tak sanggup aku nak
luahkan. Aku tak nak mengecewakan sahabatku sendiri. Aku tak nak
dilabel perampas. So, aku abaikan dan terus abaikan. Aku terus berusaha
mensolehahkan diriku. Aku percaya, Dia sudah menciptakan seseorang khas
untukku. Aku sangat yakin, bahawa ada si dia yang tercipta untukku. Ya!
Bukan mudah nak hapuskan rasa suka dan sayang yang pernah bertakhta
dalam diam. Namun, lama kelamaan, makin aku biarkan, abaikan, ianya
semakin berlalu. Apa ubatnya?? Aku cuba rajin dan sibukkan diri dengan
kerja-kerja ibadah. Aku percaya dengan janji-Nya. ^^
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang
keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji
(pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan
laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)….”
(Surah An-Nur : 26)
Sejak umur 17 tahun lagi, aku sudah tidak bermesej dengan lelaki
walaupun sekadar kawan. Kecuali, atas dasar keperluan seperti pelajaran
dan perkara penting sahaja. Kerana, aku tidak mahu ada sebarang rasa
yang akan tersekat di jiwaku ini.
Hingga kini, memang ada beberapa insan yang cuba mengetuk pintu hati
ni. Tapi, aku tak nak! Aku tak layan! Benar, jika kita kerap merapatkan
diri dengan lelaki, mudah untuk syaitan mengambil alih hati kita dan
menodainya. Aku tidak mahu lalai lagi. Aku tidak mahu terleka dan
terlena lagi dalam hasutan syaitan. Aku takkan sesekali mulakan sesuatu
yang susah untuk aku hentikan. Alhamdulillah, aku kini sudah istiqamah
bertudung labuh bulat. Memang kadang-kadang, aku dipandang pelik sebab
bertudung labuh! Namun, aku abaikan mereka. Aku utamakan pandangan Yang
Maha Esa.
“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Surah Muhammad : 7)
Dan, kini, aku tetap meneruskan perjuanganku untuk mensolehahkan diri
dan menuntut ilmu demi Allah! Aku sudah mempunyai group usrah
tersendiri. Bersama para sahabatku. Aku cintakan mereka kerana Allah. ^^
Moga suatu saat nanti, bila aku sudah bersiap sedia, Dia akan
menemukan aku dengan insan soleh yang juga mencintai-Nya untuk mencintai
dan menikahiku. Aku abaikan segala anasir-anasir rasa yang cuba
menggugat dan melemahkan hati dan jiwaku. Aku hanya inginkan satu cinta!
Cinta yang halal! :)
Perasaan ini sungguh indah! Subhanallah! Perasaan tatkala aku sudah
berjaya bertemu Dia. Tuhanku. Pemilik nyawaku. Jangan Kau ambil dan
tarik semula hidayah-Mu ini. Aku sangat takut dan resah untuk berjauhan
dari sisi-Mu. Aku tidak mahu terhumba ke gaung Neraka-Mu gara-gara
kemurkaan-Mu.
“Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah
kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.”
(Surah Maryam : 58)
Sungguh, hatiku milik-Mu, Ya Rabbi! ^^
No comments:
Post a Comment